Salam semua,
Saya mahu semua pelajar Sarjana dan PHD bagi BM dan KM memberi komitmen sepenuhnya sebagai AJK, pembentang dan peserta Seminar ini. Oleh kerana kita tidak ramai (lebih kurang 50 orang), maka KEHADIRAN SEMINAR ADALAH WAJIB.

Justeru, saya mewajibkan:

 1.     Pelajar PHD – perlu bentang Usulan, Kemajuan atau Pemantapan. Setakat ini hanya seorang sahaja sudah hantar artikel lengkap peringkat Usulan. Pelajar-pelajar PHD yang lain bagaimana?

2.      Pelajar Sarjana BM dan KM – bagi semester 4/5/akhir – mereka perlu bentang dapatan kajian sama ada Kertas Projek mahupun tesis.  Syarat wajib lulus pengajian bagi pelajar ambil Kertas Projek perlu bentangkan dapatan kajian mereka.

3.     Pelajar Sarjana BM dan KM – bagi semester 3 – mereka digalakkan membentangkan Proposal Penyelidikan mereka.

Saya akan berbincang dengan Dr. Jamaludin bagi pelajar di bawah seliaannya supaya WAJIB membentangkan dapatan kajian atau Proposal Penyelidikan bagi yang mengambil Kertas Projek. Manakala pelajar PHD digalakkan bentang Usulan, Kemajuan atau Proposal.

Demikian juga dari segi yuran pembentang (RM150) dan peserta seminar (RM100), setakat ini hanya baru 2 orang sahaja pelajar yang sudah membayarnya kepada saya.  Bagaimana anda semua?

Begitu juga kehadiran seminar. Senarai emel ini kebanyakannya adalah di bawah seliaan Dr. Zamri.  Bagaimana pula dengan pelajar PHD dan Sarjana di bawah seliaan Dr Jamal? Sekadar menyebut nama yang tidak ada seperti MUSRIFAH, SITI HAWA, NADIA, CITI KHADIJAH, DLL yang saya tidak ada emelnya.

TOLONG MAKLUMKAN KERESAHAN DR ZAMRI AKAN HAL INI KEPADA MEREKA YANG TIDAK ADA SENARAI EMELNYA DENGAN DR. ZAMRI.

Tarikh akhir hantar artikel kepada Dr zamri ialah pada/sebelum 15 Januari 2013.  Beri perhatian hal ini.

Maklumat lanjut boleh hubungi Pn Arniza (0137287123), Halid (0193134004), Nik Farihah (1093693540).

Rumusannya  SILA NYATAKAN HADIR ATAU TIDAK HADIR KEPADA URUSETIA DI ATAS. AJK seminar mohon dibuat tindakan segera. JANGAN DUDUK DIAM SAHAJA.

terima kasih.
PM Dr Zamri Mahamod