Cerita 1

Di sebuah Mall yang sesak dengan pengunjung.. ada satu alat pengukur berat badan yang cukup canggih.. Hanya dengan membayar RM 1.00 kita akan diberitahu berapa berat badan kita oleh program komputer. Seorang gadis dan temannya mencuba di tengah kerumunan orang.. Setelah memasukkan wang RM 1.00.. mesin komputer menjawab: “47 kg!”Gadis kedua cuba untuk menimbang, dan mesin komputer menjawab: “52 kg!”
Setelah beberapa minit datang seorang wanita yang cukup gemuk dan montel cuba menimbang dirinya di mesin itu. Setelah memasukkan wang RM 1.00.. mesin komputer mengeluarkan jawapan: “Tolong naik sorang-sorang. .. jangan ramai- ramai!”

Cerita 2

Jamal ke kedai untuk membeli telur yang dipesan ibunya. Ketika berdiri di tepi jalan, dua buah kereta tiba-tiba berlanggar di hadapannya.. Dia terkejut dan kaku di situ sehingga polis dan ambulans tiba.
Setelah mangsa dikeluarkan, Jamal berlari pulang dan terlupa membeli telur. Jamal dengan penuh minat menceritakan kemalangan itu pada ibunya.
“Dahsyat bu, kakinya tercabut dan terpelanting ke seberang jalan.
Tangannya pulak putus, kepala pecah, perut terburai…”
Tiba-tiba ibunya mencelah, “Telurnya mana?”
Jamal menjawab, “Err… Mal tak tau pulak ke mana tercampaknya! “

Cerita 3

Samdol pergi ke sebuah pekan untuk membeli buah durian… lalu dia
menghampiri seorang penjual buah durian yang merupakan orang asli tempatan….
Samdol : “Bang harga durian ini berapa?”
Org Asli : “yang ini.. sepopit sebiji”
Samdol kebingungan mendengar jawapan dalam bahasa orang asli itu kerana dia tidak memahami berapa nilainya sepopit itu.. lalu Samdol buat2 tahu dan cuba menawarinya. .
Samdol : “Bang.. Boleh kurang sikit tak”?
Orang Asli : “Boleh aje, nak kurang berape?
Samdol : “Lahupa.. boleh ya!”
Penjual orang asli itu kebingungan. . . lalu bertanya pada Samdol..
Orang Asli : “Lahupa itu berapa?”
Samdol : “Cakap dulu… Sepopit itu berapa?”

 

Cerita 4

Di kedai emas, ada seorang perempuan terkentut ketika menonggeng melihat cincin. Dia tersipu-sipu malu dan melihat sekeliling dan perasan ada promoter dekat belakangnya…

Promoter tu tanya la “Boleh saya bantu?”

Perempuan tu anggap promoter itu tak dengar la yang dia kentut jadi dia jawab “Berapa harga cincin ini?”.

Promoter tu jawab, “Kalau tengok pun Puan boleh terkentut, saya pasti Puan akan terberak bila tau harganya”.

 

Cerita 5

Panggilan Sayang Untuk Isteri

Kamal diundang kawannya makan malam. Mizal, si tuan rumah, memanggil isterinya dengan kata- kata Sayang… Manis… Cintaku… Sayangku…Kasihku… dan seumpamanya. Kamal memandang Mizal dan berkata, “Romantis sekali, setelah berpuluh tahun menikah, kau tetap memanggil isterimu dengan kata-kata itu.”
Mizal mengangkat bahu dan berbisik, “sebenarnya, aku lupa namanya sejak tiga tahun lalu.”