Kali ni entri lain dari yang lain. Follow the story ok.

Akmal selalu datang lambat ke sekolah. Apa tidaknya, malam2 main facebook chatting ngan awek sampai jam 3-4 pagi. Tido time Subuh, kompem bangun pagi pun susah. Mana tak lambat pegi sekolah. Pastu sudahlah lambat, kuat membohong pulak tu. Bohongnya pulak bukan kecik-kecik anak. Guru kelas pun berjumpa guru besar nak solve the problem la kiranya dan memberitahu, dia sudah tidak tahan lagi dengan sikap Akmal ni.

Kata guru besar sekolah tu, lain kali kalau Akmal datang lambat lagi, bawa Akmal jumpa dia kat opis. Kata guru besar, dia hendak beritahu satu cerita bohong kepada Akmal, dan cerita tersebut tidak pernah diceritakannya kepada sesiapa pun sebelum ni.


Esoknya, Akmal datang lambat lagi. Pukul 10.30 pulak tu! Kemudian Akmal buat cerita bohong nak buat alasan la, “Sebenarnya cikgu, saya ni pukul 6.00 pagi lagi dah pergi ke sekolah. Masa saya berjalan ke sekolah, saya lalu dekat sungai. Tiba2 saya nampak ada seekor ikan jenahak dalam sungai tu, punyalah besar!” cerita Akmal sambil mendepangkan kedua-dua belah tangannya.

Gile besar ikan ni

Kemudian, “Kedebum..saya terjun dalam sungai, kemudian saya tangkap ikan jenahak tu. Cikgu tau, ikan tu besar macam kereta Kancil cikgu tu. Saya pikul ikan tu bawa balik, kemudian saya siang sampai bersih, dan masukkan dalam peti ais. Tak muat peti ais, saya simpan bakinya kat rumah jiran. Penat betullah. Sebab tulah saya lambat hari ni, Cikgu,” kata Akmal sambil tersengih.

Guru kelas tak ada lengah2, terus bawa Akmal ke bilik guru besar. Di biliknya, guru besar pun bertanya kepada Akmal, “Nak dengar cerita?”

“Nak,” jawab Akmal.

“Pagi tadi masa Cikgu nak pergi sekolah, Cikgu pergi ke taman bunga dulu. Tiba2 Cikgu dengar bunyi pelik di belakang Cikgu. Bila Cikgu paling ke belakang, Cikgu terkejut, ada singa kat belakang Cikgu. Singa tu besarnya macam bas sekolah! Ada Tiga tanduk lagi!

“Singa tu nak terkam Cikgu. Tapi belum sempat singa tu nak terkam, seekor harimau keluar dari semak dan serang singa tu. Awak tahu Akmal, harimau tu menang! Harimau makan singa tu. Tapi sebab singa tu besar sangat, sampai pukul 9.00 tadi pun tak habis2 lagi dia makan. Cikgu malas tunggu, Cikgu start kereta, terus pergi sekolah. Apa pandangan Akmal tentang cerita Cikgu tadi tu?”

Akmal cepat2 menjawab, “Ooo..itu harimau saya tu Cikgu. Nama dia Belang. Masuk hari ni dah empat ekor singa dimakannya!”

hehehehehee!

Inilah Belang.