Latest Entries »

Salam,

Terima kasih kerana memberi kerjasama dalam pertemuan pelajar sarjana phd pada hari ini. Mohon mengambil perhatian tentang seminar BM KM yang kita akan adakan di Pekanbaru pada 13-16 September 2013. Sila buat pembayaran tiket sebanyakl RM300 (yang bekerja) dan RM250 (yang tidak bekerja) kepada Bendahari ataupun kepada Dr. Zamri. Sesiapa yang lebih pendapatan mohon sponsor pelajar-pelajar yang tidak bekerja.

Yahoooooo.

 

Assalamualaikum w.b.t..
Berikut adalah kertas kerja dan senarai nama y dah pun dipdf’n..skrg dlm msih dlm proses pgesahan..sila semak nama masing2 & ahli kumpulan y terlibat..nama-nama bg item ajk,nurul ubah sikit ikut y ukm nk..jd,nmpk mcm agak glmor..apa pun,selamat merancang dan melaksanakan tanggungjawab yang dah diamanahkan dengan sebaik mungkin..semoga semuanya berjalan dengan lancar..amiin..kerjasama anda semua amat dihargai.. -nurul-

Sila muat turun untuk untuk makluman dan rujukan

http://www.facebook.com/download/347387432029060/%28K2%29%202013%20SENARAI%20NAMA%20PELAJAR%20DOKTOR%20FALSAFAH%20DAN%20SARJANA%20UKM.pdf

Assalamualaikum & selamat sejahtera..
Kpd rakan-rakan yang dihormati, untuk seminar nanti,  perlu membayar yuran pndaftaran (RM150 seorang) beserta dgn tiket penerbangan seperti yg Dr Zamri telah nyatakan tempoh hari..pelajar dikehendaki membayar kepada Dr.Zamri atau pembayaran teru kepada kepada Timbalan Pengarah Seminar @Bendahari Milla Yacob..
no.akaun (maybank) : 15405 33262 53

sekian,terima kasih..kerjasama anda amat dihargai..

(b.p : Suraya Hanis, mila yacob)

Assalamualaikum w.b.t & selamat sejahtera..
Kpd kwn2 y dihormati, bg memudahkan urusan kita semua ke luar negara, nurul mohon kerjasama drpd semua untuk nyatakan butiran-butiran d’bawah selewat2nya pd hujung bulan april iaitu 30 April 2013 (Selasa). Antaranya ialah :

i) Nama Penuh
ii) No Matrik
iii) No. HP
iv) No. Passport

P/S : butiran boleh anta melalui komen post ini..

Sekian.. Terima kasih di atas kerjasama yang diberikan..

Salam semua pelajar,

Kuliah minggu ke-5 tidak dapat dilaksanakan oleh Dr. Zamri. Walau bagaimanapun, kuliah ini akan digantikan dengan kuliah minggu ke-6 yang diajar oleh Dr. Yahya. Saya harap pelajar dapat memberi tumpuan pada kuliah tersebut. Kuliah minggu ke-5 Dr Zamri akan mengajar pada 29 Mac.

Harap maklum dan terima kasih.

Dr. Zamri

Perjumpaan terbaru.

Pengumuman terbaharu daripada Dr.Zamri

  1. Perjumpaan terbaharu pelajar sarjana dan PhD akan diadakan pada 16 MAC 2013 di Bilik Rehat Pensyarah. Semua peajar seliaan Dr. Zamri diminta HADIR!
  2. Facebook ( group ) diwujudkan untuk alumni seliaan Dr.Zamri, bertujuan untuk menyampaikan berita dengan lebih pantas dan medium komunikasi pantas
  3. Saya akan wujudkan grup aplikasi “ whatapps ‘” untuk pelajar seliaan Dr. Zamri bagi menambah mudah penyampaian dan diskusi am.

    whatsapp-messenger

    whatapp icon for mobile

Pengumuman Penting!

Salam semua,
Saya mahu semua pelajar Sarjana dan PHD bagi BM dan KM memberi komitmen sepenuhnya sebagai AJK, pembentang dan peserta Seminar ini. Oleh kerana kita tidak ramai (lebih kurang 50 orang), maka KEHADIRAN SEMINAR ADALAH WAJIB.

Justeru, saya mewajibkan:

 1.     Pelajar PHD – perlu bentang Usulan, Kemajuan atau Pemantapan. Setakat ini hanya seorang sahaja sudah hantar artikel lengkap peringkat Usulan. Pelajar-pelajar PHD yang lain bagaimana?

2.      Pelajar Sarjana BM dan KM – bagi semester 4/5/akhir – mereka perlu bentang dapatan kajian sama ada Kertas Projek mahupun tesis.  Syarat wajib lulus pengajian bagi pelajar ambil Kertas Projek perlu bentangkan dapatan kajian mereka.

3.     Pelajar Sarjana BM dan KM – bagi semester 3 – mereka digalakkan membentangkan Proposal Penyelidikan mereka.

Saya akan berbincang dengan Dr. Jamaludin bagi pelajar di bawah seliaannya supaya WAJIB membentangkan dapatan kajian atau Proposal Penyelidikan bagi yang mengambil Kertas Projek. Manakala pelajar PHD digalakkan bentang Usulan, Kemajuan atau Proposal.

Demikian juga dari segi yuran pembentang (RM150) dan peserta seminar (RM100), setakat ini hanya baru 2 orang sahaja pelajar yang sudah membayarnya kepada saya.  Bagaimana anda semua?

Begitu juga kehadiran seminar. Senarai emel ini kebanyakannya adalah di bawah seliaan Dr. Zamri.  Bagaimana pula dengan pelajar PHD dan Sarjana di bawah seliaan Dr Jamal? Sekadar menyebut nama yang tidak ada seperti MUSRIFAH, SITI HAWA, NADIA, CITI KHADIJAH, DLL yang saya tidak ada emelnya.

TOLONG MAKLUMKAN KERESAHAN DR ZAMRI AKAN HAL INI KEPADA MEREKA YANG TIDAK ADA SENARAI EMELNYA DENGAN DR. ZAMRI.

Tarikh akhir hantar artikel kepada Dr zamri ialah pada/sebelum 15 Januari 2013.  Beri perhatian hal ini.

Maklumat lanjut boleh hubungi Pn Arniza (0137287123), Halid (0193134004), Nik Farihah (1093693540).

Rumusannya  SILA NYATAKAN HADIR ATAU TIDAK HADIR KEPADA URUSETIA DI ATAS. AJK seminar mohon dibuat tindakan segera. JANGAN DUDUK DIAM SAHAJA.

terima kasih.
PM Dr Zamri Mahamod

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Makluman daripada Dr Zamri meminta semua pelajar Ph.D dan Master diberi ruang untuk menghantar artikel sebelum atau pada 5 Januari 2013 kepada beliau secara e-mel. Diharap juga pembayaran dapat dilunaskan sebagaimana yang telah ditetapkan, iaitu pembentang (RM150) dan peserta (RM100) bagi mencetak prosiding.
Bagi pelajar Ph.D yang tidak dapat hadir, artikel dan yuran tetap diwajibkan untuk urusan mencetak prosiding sdr/sdri.
Sukacita diingatkan bahawa tarikh seminar pada 26 JANUARI 2013.
Sekian untuk makluman. 
Terima kasih.

PENGUMUMAN!!!

Assalamualaiikum dan salam sejahtera….

Dimaklumkan bahawa perjumpaan pada hari esok 24/11/2012 akan ditangguhkan kerana  Dr Zamri terlibat dengan Seminar Siswazah dan terdapat kalangan peserta yang terlibat dengan penandaan SPM.

Perjumpaan seterusnya akan diadakan pada:

          tarikh: 1/12/2012

          masa: 3.00 petang

Semua pelajar siswazah sem 1,2,3 dan 4 dan pelajar PHD dikehendaki hadir pada perjumpaan tersebut.

Dimaklumkan bahawa Dr. Zamri sudah membentuk satu jawatankuasa yang terdiri daripada pelajar-pelajar Sarjana Pendidikan Kesusasteraan Melayu. Ketua JK ini ialah Pn. Aniza (0137287123).  

Justeru semua pelajar PHD dan Sarjana Pendidikan Bahasa Melayu dan Kesusasteraan Melayu diminta menghubungi beliau dan membincangkan:

1.   Tesis Sarjana (kena bentang usulan/dapatan kajian),

2.   Kertas ProjekSarjana  – pelajar Kertas Projek 2 di bawah selaiaan Dr. Zamri, Dr. Jamaludin dan Datin Juriah perlua membentangkan Kertas Projek 2, 

3.   PHD – kena bentang Usulan/Kemajuan/Pemantapan dalam seminar ini.

Kita kena sama-sama uruskan Seminar Pascasiswazah Pendidikan BM & KM ini sehingga berjayaImage